Thursday, April 19, 2007

Soalan 1 : Bagaimana saya mendapat keuntungan?

Anda akan mendapat untung sekali ganda dari harga Stromberg yang anda beli apabila menjualnya terus kepada Syarikat. Caranya, kita akan membeli Stromberg daripada pembekal pada harga pasaran secara TUNAI dan menjual terus kepada syarikat dengan harga 2 kali ganda dengan bayaran secara ANSURAN selama 8 bulan berturut turut. Pelan ini dinamakan Smart Partnership Program.

Soalan 2 : Apakah produk yang diniagakan?

Produk yang diniagakan adalah Stromberg High Frequency Converter.



Soalan 3 : Adakah kita perlu menjual barang?

TIDAK, barang yang kita beli dari pembekal akan terus dibeli oleh Syarikat. Syarikat akan memasarkan produk tersebut ke seluruh ASIA.

Soalan 4 : Banyakkah pesaingan produk seperti ini?

Banyak tapi Stromberg dimana syarikat adalah pengedar tunggal Asia, adalah satu-satunya teknologi penjimatan minyak yang berasaskan api, yang lain berasaskan angin, air dan magnet.  

Soalan 5 : Selama mana produk ini boleh bertahan di pasaran?

Selama mana kereta masih dijual dan menggunakan minyak. Perlu diingat, Stromberg telah berada di pasaran dunia sejak 40 tahun lagi dan teknologinya mendapat anugerah Produk Teknologi Berprestasi Tinggi daripada Persatuan Automobil Jerman, di Berlin, Jerman. Jika tidak, masakan Stromberg memberi jaminan hingga 7 tahun .

Soalan 6 : Apakah nama syarikat ini, bagaimana ia boleh membayar balik sehingga 200%?


Nama syarikat ini ialah Jai Network System Sdn Bhd, syarikat milik penuh bumiputera yang berpejabat di  No 474, Jln Beserah, 25300 Kuantan Pahang. Nature business syarikat ini adalah PERNIAGAAN di mana ia adalah Pengedar Tunggal bagi stromberg di ASIA. Setakat ini, syarikat telah menembusi pasaran di Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, India, China dan Hong Kong. Di Asia terdapat 56 buah negara, maka ada 49 buah negara lagi yang belum diterokai. Besar atau tidak pasaran dan peluang perniagaan ini?

Di Malaysia harga produk ini adalah RM299. Di Indonesia, produk ini dijual dengan harga RM500 kerana permintaan di sana sangat luas. Pada awal tahun 2006, kerajaan Indonesia menaikkan harga minyak sehingga 2 kali ganda kepada 4500 rupiah- RM2.05 seliter. Masyarakat di sana terpaksa mencari alternatif untuk menjimat minyak. Di Thailand, harga minyak adalah RM3.20 kerana tiada subsidi minyak daripada kerajaan. Di sana stromberg dijual pada harga RM600. Begitu juga di Singapura, harganya jauh lebih tinggi berbanding di Malaysia. Masyarakat di negara luar lebih merasai keperluan penjimatan minyak berbanding kita yang hanya dengan kenaikan minyak 10-30 sen sahaja dan mendapat harga subsidi. Jadi, logik atau tidak jika syarikat memberi kita 25% setiap bulan sehingga 8 bulan?? Kita untung 100% dalam 8 bulan tetapi syarikat untung beribu-ribu peratus SETIAP BULAN!

Mari kita buat perkiraan;
Bagi syarikat, kos 1 unit RM50  dan jual 1 unit = RM500 jadi,  untung 1 unit = RM450 ie 900% @ 9X ganda; sedangkan, untung kita hanya 100% @ 1 kali ganda dalam masa 8 bulan; Bermakna setiap RM1,000 yang kita jual, syarikat mendapat untung bersih RM7,000 iaitu;
RM1,000 (unit) X RM450 (untung per unit) - RM2,000 (hutang)
RM50

Soalan 7 : Apakah perniagaan lain selain daripada Stromberg?

Syarikat tidak bergantung 100% pada Stromberg, sebaliknya mempunyai banyak lagi perniagaan lain. Berikut adalah anak-anak syarikat di bawah Jai Network Holding Sdn Bhd buat masa ini;

No.
Nama Syarikat
Jenis Perniagaan
1Jai Network Systems Sdn Bhd Stromberg Fuel Saver, Asia
2Jai Resources Sdn Bhd

Pengedar kereta LMG, China
HydroFuel Car System

3Jai Success University Inc, New York Universiti yang praktikal, tapak kampus di Muar, Johor

Syarikat merancang akan menubuhkan sehingga 100 buah anak syarikat dalam masa terdekat. Semua strategi dan perancangan telah diatur dengan rapi dan anda semua dialu alukan untuk turut serta. Mungkin juga anda adalah salah seorang daripada pengarah syarikat yang bakal ditubuhkan kelak.

Serba sedikit berkaitan "HydroFuel Car System"

Jai Resources Sdn Bhd (JRSB) telah dilantik sebagai Master Dealer atau Pengedar Eksklusif HydroFuel Car System untuk seluruh Malaysia.

HydroFuel Car System adalah merupakan produk aksesori kereta yang menggunakan Hydrogen Fuel Technology. Teknologi ini menggunakan air sebagai bahan bakar pelengkap kepada petrol/diesel. Melalui kaedah Nano Teknologi, air dipecahkan kepada hidrogen dan oksigen yang kemudiannya akan bergabung dengan petrol/diesel dalam injin untuk tujuan pembakaran.

Produk ini yang boleh mengurangkan penggunaan minyak sebanyak 50% dan mesra alam adalah yang pertama seumpamanya di dunia dan akan dilancarkan pada pertengahan tahun 2007 di Malaysia.


Bengkel "HydroFuel Car System" Syarikat di Banting, Selangor

Soalan 8 : Halalkah perniagaan ini?

Halal. Syarikat menggunakan konsep jual beli. Terdapat dua aqad dan perjanjian jual beli di antara :
1. Pembeli (kita) dengan Bagai Wangsa Sdn Bhd (pembekal);
2. Penjual (kita) dengan Jai Network Systems Sdn Bhd (pembeli);

Syarikat ini berdaftar dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia, PPIM; iaitu satu badan yang sangat berpengaruh di Malaysia. Badan ini memantau dan memastikan syarikat menjalankan perniagaan yang berlandaskan syariat. Sila rujuk
muslimconsumer.org.my/ppim/forum_viewtopic.php?11.1577.0#1592

Soalan 9 : Selamatkah duit yang kami mahu urus-niagakan ini?

Insyaalah, selamat kerana ia mengikut proses undang-undang dan mempunyai 'hitam putih' perjanjian yang menyatakan syarikat akan membayar 2 kali ganda secara ansuran 8 bulan. Terdapat dua aqad dan perjanjian yang ditandatangani oleh kedua belah pihak. Semuanya akan dimatikan setem. Dokumen yang dimatikan setem adalah sah untuk dikemukakan di mahkamah. Selain itu, jika syarikat ini berniat untuk menipu duit anda, maka akan terjejaslah nama baik PPIM yang selama ini sangat berpengaruh di Malaysia. Kredibiliti PPIM sangat jelas apabila persatuan mempertikaikan kehalalan ROTI HI-5, maka pada ketika itu seluruh masyarakat Islam di Malaysia tidak lagi membeli roti tersebut dan sehingga kini jualannya menurun.

Soalan 10 : Adakah program ini akan ditutup?

Ya, ia akan ditutup apabila syarikat mendapati dana yang diperolehi telah mencukupi pada satu masa nanti. Selepas itu, pakej baru yang menawarkan pulangan yang lebih tinggi hanya akan dibuka secara eksklusif kepada ahli-ahli yang telah mendaftar dan ianya tidak lagi dibuka kepada orang luar. Maka, jadilah salah seorang yang bakal mendapat keistimewaan ini.

Soalan 11 : Setahu saya pelaburan yang menjanjikan pulangan tetap adalah HARAM!!??

Benar, pelaburan yang menjanjikan pulangan tetap adalah HARAM. Tetapi pulangan yang kita perolehi daripada program ini BUKAN PELABURAN sebaliknya ia adalah JUAL BELI. Sila bezakan antara jual beli dan pelaburan;

PELABURAN
JUAL-BELI

Pelaburan dalam Islam adalah perkongsian untung rugi (Profit Sharing) Jika keuntungan telah ditetapkan, maka terdapat unsur riba di dalam pelaburan tersebut.

Jual-Beli dalam Islam adalah, harga akhir telah ditetap (keuntungan yang diperolehi oleh penjual telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak) Maka pembeli akan membayar ansuran tersebut secara tetap sehingga habis hutangnya.
Syarikat yang terlibat dengan pelaburan mesti mempunyai lesen dari Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti.Tidak perlu lesen Bank Negara Malaysia mahupun Suruhanjaya Sekuriti, memadai dengan lesen perniagaan daripada Kementerian Perdagangan Dalam & Luar Negeri.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang pelaburan yang diharamkan, seperti yang terdapat di internet pada masa ini, sila layari www.zaharuddin.net

Soalan 12 : Apakah pendapat saudara jika saya menyertai pelaburan-pelaburan di internet?

JANGAN!! Selain daripada hukumnya yang telah nyata HARAM, wang anda juga tidak selamat. Anda bayangkan seperti anda memberi wang kepada orang yang tidak anda kenali yang mana pejabat, muka, latar belakang dan sebagainya, langsung tidak anda ketahui. Mereka dengan mudah boleh melarikan wang anda. Pada masa itu, tiada apa yang boleh anda buat. Hitam putih perjanjian, semuanya tiada.  Untuk pengetahuan anda, program internet yang mereka gunakan boleh dibeli dengan mudah dan murah di pasaran. Walaupun ia kelihatan canggih, sebenarnya ia boleh dibuat dengan begitu mudah bagi mereka yang mempelajari IT. Selain itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC sedang memantau kegiatan ini dan pada bila-bila masa sahaja web-web ini akan ditutup. Semuanya hanya dengan beberapa saat sahaja!

Soalan 13 : Saya hanya mempunyai Bank Islam dan RHB, bolehkah saya menggunakanya untuk semua transaksi?

Untuk proses pembayaran ansuran 25%, syarikat hanya menggunakan Maybank dan Hong Leong Bank sahaja. Bayaran ansuran akan dibayar pada 6hb. Setiap bulan.

Soalan 14 : Bolehkah saya keluarkan modal saya selepas 8 bulan?

Syarikat akan membayar semua hutangya kepada anda dalam masa 8 bulan secara ansuran setiap bulan iaitu anda akan mendapat modal anda pada 4 bulan pertama dan keuntungan pada 4 bulan kedua. Selepas 8 bulan, jika anda ingin menyertai program ini semula, anda perlu menandatangani perjanjian dan berakad baru.

Soalan 15 : Bagaimana jika saya ingin menambah modal Smart Partnership saya sebelum habis 8 bulan?

Anda perlu menandatangai perjanjian baru sama seperti anda mula mula menyertainya pada bila-bila masa.

Soalan 16 : Apakah had minimum dan maksimum bagi saya berurus niaga dengan  Syarikat?

Bagi Smart Partnership. anda boleh melakukan urus-niaga dengan syarikat dengan gandaan RM1,000 (had minimum) dan had maksimum (urus niaga terkumpul) adalah RM 50,000.

Soalan 17 : Bagaimana jika urus niaga saya telah melebihi RM50,000, tetapi saya ingin berurus niaga lagi?

Anda boleh gunakan nama isteri, anak, saudara dan rakan anda sebagai peserta smart partnership.

Soalan 18 : Adakah sesiapa sahaja layak untuk menyertai Smart Partnership ini?

Sesiapa sahaja yang menjadi ahli Smart Moving adalah layak untuk menyertai Smart Partnership.

Soalan 19 : Apakah yang dimaksudkan dengan ahli Smart Moving?

Smart Moving adalah satu plan perniagaan jangka panjang. Anda akan menjadi ahli Smart Moving dengan membeli dua set stromberg (8 biji) pada harga ahli iaitu M550 (harga pasaran RM299X2, jimat RM48).

Soalan 20 : Bagaimana Smart Moving memberikan pendapatan kepada saya?

Anda akan diberikan upah RM100 bagi setiap prospek yang anda kenalkan kepada syarikat, dan RM100 lagi apabila setiap kali downline level 4 anda kenalkan prospek baru kepada syarikat. Katakan setiap ahli kenalkan kepada 5 orang prospek baru, maka Ilustrasinya adalah seperti berikut;

 Level Bilangan DownlineUPAH
1Anda memperkenalkan
 kepada 5 orang prospek; 1 X 5 = 5 orang 
RM100 x 5
= RM500
25 ahli dari level 1 juga akan kenalkan
kepada 5 orang; 5 x 5 = 25 orang

RM1 x 25
= RM25

325 ahli dari level 2 juga akan kenalkan
kepada 5 orang; 25 x 5 = 125 orang

RM1 x 125
= RM125

4125 ahli dari level 3 juga akan kenalkan
kepada 5 orang; 125 x 5 = 625 orang

RM1 x 625
= RM625

5625 ahli dr level 4 juga akan kenalkan
kepada 5 orang; 625 x 5 = 3,125 orang
 RM100 x 3,125 
= RM312,500

Di level 5, anda akan menerima bonus RM100 bagi setiap kali kemasukan ahli baru, yang dikenalkan oleh ahli dari level 4, bayangkan 3,125 orang X RM100 = RM312,500. Jika hanya 20% sahaja kejayaan plan ini, anda masih lagi berpeluang untuk mendapat pendapatan sehingga RM62,500;


[Contoh Penerangan Kedua Mengenai Smart Moving]:

Sekiranya penerangan saya diatas masih tidak jelas, sila rujuk penerangan dibawah;



Soalan 21 : Saya tidak mahu menaja, bolehkan saya menjadi ahli Smart Moving semata-mata untuk Smart Partnership?

Boleh, untuk menyertai smart partnership, anda tidak diwajibkan membuat tajaan.

Soalan 22 : Apakah istemewanya plan perniagaan Syarikat ini?

Smart Partnership adalah gula-gula (daya tarikan) untuk Smart Moving. Tiada lagi mana-mana syarikat yang memberikan gula-gula seperti ini. Syarikat lain, biasanya anda wajib menaja untuk mendapat keistemewaan tertentu. Smart Partnership memudahkan anda membuat tajaan dan secara tak langsung Smart Moving anda akan bergerak. Hampir semua prospek saya, pada mulanya mereka menyertai perniagaaan ini kerana Smart Partnership. Mereka tidak mahu menaja dan hanya mahu melakukan Smart Partnership. Tetapi, selepas beberapa bulan mereka dapat menaja kawan-kawan mereka dengan mudah juga disebabkan oleh Smart Partnership. Sekarang, mereka mempunyai pendapatan lumayan dari Smart Moving.

Soalan 23 : Apakah pandangan anda terhadap Smart Moving dan Smart Partnership?

Dalam Smart Moving, dengan modal RM550, kita berpeluang untuk memperolehi pendapatan sehingga RM312,500. Proses penajaan adalah begitu mudah dengan adanya Smart Partnership. Manakala Smart Partnership pula, kita dapat merancang pendapatan kita secara tetap, tanpa perlu menaja. Dengan modal RM50,000 kita akan mendapat pendapatan sehingga RM100,000 dalam masa 8 bulan. pada pandangan saya, kedua-dua plan ini mempunyai kekuatan dan saling berkait antara satu sama lain.

Soalan 24 : Ya, saya berminat untuk menyertai Smart Partnership sebanyak RM1,000; Bagaimana caranya??

1. Jadi Ahli Smart Moving dengan membayar kepada saya RM 550.00; bayaran-bayaran ini merangkumi;
           1.1 Pembelian 2 set Stromberg : RM500.00
           1.2 Yuran Ahli Seumur Hidup    : RM 50.00

2. Saya akan medaftarkan nama anda kepada Syarikat dengan mengunakan "daftar online".

3. Lepas daftar, anda boleh sertai Smart Partnership.

4. Caranya, hubungi saya melalui telefon atau email. Saya akan mengirimkan "borang serah amanah" dengan cara email atau pos atau fax kepada anda. Borang ini bertujuan, anda mengamanahkan kepada saya untuk menguruskan proses penyertaan smart partnership anda.

5. Setelah anda menerima borang ini, bank in RM1,000 ke Maybank 5061 6401 6433 @ Jai Network Systems Sdn Bhd - untuk menyertai Smart Partnership dan kirimkan kepada saya Bank in slip tersebut beserta borang yang telah dilengkapkan kepada saya.


NOTE : Untuk menerima bayaran pertama pada 15hb (pada bulan depan); pembelian anda (bayaran RM1,000) hendaklah dilakukan sebelum 15 hb (pada bulan ini).