Thursday, April 19, 2007

Soalan 6 : Apakah nama syarikat ini, bagaimana ia boleh membayar balik sehingga 200%?


Nama syarikat ini ialah Jai Network System Sdn Bhd, syarikat milik penuh bumiputera yang berpejabat di  No 474, Jln Beserah, 25300 Kuantan Pahang. Nature business syarikat ini adalah PERNIAGAAN di mana ia adalah Pengedar Tunggal bagi stromberg di ASIA. Setakat ini, syarikat telah menembusi pasaran di Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, India, China dan Hong Kong. Di Asia terdapat 56 buah negara, maka ada 49 buah negara lagi yang belum diterokai. Besar atau tidak pasaran dan peluang perniagaan ini?

Di Malaysia harga produk ini adalah RM299. Di Indonesia, produk ini dijual dengan harga RM500 kerana permintaan di sana sangat luas. Pada awal tahun 2006, kerajaan Indonesia menaikkan harga minyak sehingga 2 kali ganda kepada 4500 rupiah- RM2.05 seliter. Masyarakat di sana terpaksa mencari alternatif untuk menjimat minyak. Di Thailand, harga minyak adalah RM3.20 kerana tiada subsidi minyak daripada kerajaan. Di sana stromberg dijual pada harga RM600. Begitu juga di Singapura, harganya jauh lebih tinggi berbanding di Malaysia. Masyarakat di negara luar lebih merasai keperluan penjimatan minyak berbanding kita yang hanya dengan kenaikan minyak 10-30 sen sahaja dan mendapat harga subsidi. Jadi, logik atau tidak jika syarikat memberi kita 25% setiap bulan sehingga 8 bulan?? Kita untung 100% dalam 8 bulan tetapi syarikat untung beribu-ribu peratus SETIAP BULAN!

Mari kita buat perkiraan;
Bagi syarikat, kos 1 unit RM50  dan jual 1 unit = RM500 jadi,  untung 1 unit = RM450 ie 900% @ 9X ganda; sedangkan, untung kita hanya 100% @ 1 kali ganda dalam masa 8 bulan; Bermakna setiap RM1,000 yang kita jual, syarikat mendapat untung bersih RM7,000 iaitu;
RM1,000 (unit) X RM450 (untung per unit) - RM2,000 (hutang)
RM50

No comments: