Thursday, April 19, 2007

Soalan 12 : Apakah pendapat saudara jika saya menyertai pelaburan-pelaburan di internet?

JANGAN!! Selain daripada hukumnya yang telah nyata HARAM, wang anda juga tidak selamat. Anda bayangkan seperti anda memberi wang kepada orang yang tidak anda kenali yang mana pejabat, muka, latar belakang dan sebagainya, langsung tidak anda ketahui. Mereka dengan mudah boleh melarikan wang anda. Pada masa itu, tiada apa yang boleh anda buat. Hitam putih perjanjian, semuanya tiada.  Untuk pengetahuan anda, program internet yang mereka gunakan boleh dibeli dengan mudah dan murah di pasaran. Walaupun ia kelihatan canggih, sebenarnya ia boleh dibuat dengan begitu mudah bagi mereka yang mempelajari IT. Selain itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC sedang memantau kegiatan ini dan pada bila-bila masa sahaja web-web ini akan ditutup. Semuanya hanya dengan beberapa saat sahaja!

No comments: